Wednesday 6 June 2012

Tudung oh Tudung




SEJAK akhir-akhir ini  kita dpat melihat gaya wanita betudung kepala ibarat suda mnjadi satu trend di Malaysia.Ini memberi petanda yg baik kpd Negara kita yg merupakan majoroti penduduknya orang Melayu yang beragama Islam.
                Seperti kit asedia maklum pemakaian tudung serta mnutup aurat adalah satu kewajipan yg harus dipatuhi sbg seorang Muslimah.Tetapi ada segelintir wanita seolah-olah memepersendakan agama dgn pemakaian tudung mereka.Soalnya,mengapa bertudung tetapi masih memakai pakaian seperti ‘telanjang’? Kaum lelaki jadi hairan dan suka? Bahahah..
                “Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan perempuan yg beriman,supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) ,cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal(sebagai perempuan baik baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihi.”
(Firman Allah dalam surah Al Ahzab : Ayat 59)
                Ambil iktibar berdasarkan petikan surah surah ini yg mnyeru anda sbg kaum hawa menutup aurat itu wajib dan aurat harus dipelihara agar martabat wanita Islam sentiasa dipandang tinggi.Amat jelas sekali,Islam menjaga maruah wanita supaya tidak mudah dijadikan sebagai objek pemuas nafsu dan sasaran pandangan jahat lelaki di dunia,dengan cara Islam menetapkan adab berpakaian memelihara aurat bagi mereka.Tetapi malang sekali ramai gagal memelihara aurat seperti yg termaktub dalam al Quran.
Bila wanita bertudung tetapi maish lagi berhias secara berlebihan,maka terjadilah seperti pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung,tetapi semakin membesarkan rasa sombong ,riak,dan bangga dalam diri.Mereka merasakan pemakaian tudung merekalah yg paling bergaya,mengikut trend dan mempunyai kelas memandu sendiri,BHAHAHA.
                Nilai pemakaian tudung itu sendiri DICEMARI oleh golongan spt ini.Bagi wanita Islam lain yg mengikuti jejak langkah wanita bertudung ini ,niatnya tersekat melihat sikap mereka yg mencemari hukum Islam.

                Perlu diingatkan bahawa,jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas,,maka dia akan memperoleh ganjaran sekadar keihklasanya.Namun tanggungjwab fizikal yg diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya,atau dalam kata lain,tatkala itu dia hanya berdosa sekali iaitu kerana tidak melaksanakan secara ikhlas,tetapi dia terhindar drpd dosa tdak mengerjakan yg wajib keatas dirinya secara zahir.
                Jika kita sudah Berjaya menutup aurat secara keseluruhannya jgn pula kita abaikan tingkah laku atau tanggungjawab kita sbg seorang Islam.Akhlak kita perlu pelihara seiring dgn pemakaian kita.Jangan hanya menutup aurat,tetapi tingkah laku masih tidak mencerminkan Muslim sejati.
                Akhir sembangan dan bebelan ini hayatilah hadis Rasullah ketika baginda dalam Israk Mikraj yg brbunyi :
                “Aku menjenguk ke dalam neraka,maka ku melihat kebanykkan penghuninya adalah kaum wanita,yg demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepd Allah dan Rasullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhiasa-hias”
                Wallahualam.



Abd Rahmanputra Abd Jalil
Fakulti Kejuruteraan SEGi University College
Seri Kembangan Selangor.

No comments:

Post a Comment