Sunday 19 May 2013

Redha Ibu Bapa......


Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga. Redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka. Bayangkan jika kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu.
Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa? Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Jika berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi.

Dalam soal ini, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek. Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.

Jika ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat. Perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.

Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya.

Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak. Dalam hal ini, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka. Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya. Lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.

Tetapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka. Ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.

Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik. Banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.

Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insyaAllah natijahnya baik. Bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa. Sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya.

Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina. Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka. 

Tuesday 2 April 2013

Insan yang mengenal ERTI.





'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.


Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.

Wednesday 13 March 2013

''Mencari sepohon makrifat''





TIDAK sesiapa pun yg mahu kesedihan itu datang ditemani kesugulan dalam hidup.Kehidupan ini tidak mudah yg disangka,adakalanya kita terjatuh kecewa,kadang kala kita bahagia seperti indahnya pelangi di ufuk langit menyinari kita.
Entah berapa kali kita jatuh dan kita gagah utk bangun semula.Mengorak langkah dgn penuh berhati-hati supaya tidak tergelincir semula.Sesiapa sahaja mahukan kejayaan, dan kebahagiaan tapi kita tidak mampu mengekalkannya.Kita manusia,hari ini kita di atas,esok kita dibawah.Hidup umapama roda.Hari ini kita gembira tanpa disedari ,esoknya kita menangis pada waktu itu baru kita sedar.Bila difikirkan kembali betapa bodohnya manusia itu gagal terperangkap dgn nafsu dan cinta.Tapi cinta dan manusia tak boleh dipisahkan dari kehidupan kerana itulah lumrah Yang Maha Esa berikan.
Pemikiran itu bermula dari akal,kasih sayang itu bermula dari hati,selepas itu timbul perasaan cinta,tetapi jika rindu sudah berpaling tadah,rindu akan menjadi benci,sayang akan menjadi menyampah,gurauan menjadi marah.
Inilah cinta yg asyik bermain dalam cinta,terlalu gembira sehingga kita lupa yang kita ada Maha Pencipta,Yang Maha Mengetahui..apabila kita tersungkur barulah kita merangkak mencariNya seperti juga diriku.Sejarah tidak pernah menipu diri kita,tapi mengapa kita lupa,lalai dan alpa menceduk pengalaman sejarah itu sendiri.
Dikesempatan itu,kita berharap,ada ruang,sinar kembali jalan-jalan pintu taubat yg nasuha.Agar diri ini kembali pada landasan,agar dapat juga membimbing kembali,insan-insan yg aku sayangi dan cintai.Alhamdulillah...Allahu aza Wajalla masih sayang akan diri hambanya.Semoga ‘ruang hadapan’ itu akan aku isi dgn penuh ketaqwaan dan perubahan ini terus konsisten,utk aku kembali berjuang ‘mencari sepohon makrifat’.
-Abd-Rahmanputra-
13-3-13 : J

Thursday 10 January 2013

Welcome Home..



Tak Dapatku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya
Tergamak engkau meninggalkan diriku
Di saat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang t’lah kau lukai
Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan
Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan, oh pilunya
Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan agarku berlalu pergi
Untuk si dia pilihan hatimu..
Dengan relaku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia
Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan
Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan, oh pilunya
Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan agarku berlalu pergi
Untuk si dia pilihan hatimu..
Dengan relaku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia
Dengan relaku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia

Monday 12 November 2012

Rendang TAK Berbuah :)





Tajuk/Lirik Lagu: Rendang Tak Berbuah
Penyanyi: Hattan

Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisiku

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memenuhkan 
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa tuhan
Yang penuh penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

Tuesday 7 August 2012

BAWA ku PerGi~....



Mujahadah berasal daripada perkataan jihad yang membawa maksud berusaha bersungguh-sungguh dengan mengeluarkan segala kekuatan dan kesanggupan. Mujahadah nafsu pula bermaksud memerangi hawa nafsu yang berada dalam diri kita.
Allah SWT  mengajarkan kepada kita melalui Al-Quran bahawa terdapat tiga jenis nafsu yang berada di dalam diri manusia. Jenis yang pertama adalah nafsu ammarah iaitu nafsu yang mendorong seseorang ke arah kejahatan.
Firman Allah SWT:
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Surah Yusuf:53)
Manakala nafsu yang kedua ialah nafsu lawwamah iaitu nafsu yang menjadikan seseorang berasa bersalah atau menyesal akan kesalahan dan kelalaian yang telah dilakukannya.
Sebagaimana firman Allah SWT:
“Aku  bersumpah  dengan hari kiamat dan Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (jiwa yang menyesali dirinya sendiri).” (Surah Al-Qiyamah:1-2)
Dan nafsu yang ketiga adalah nafsu mutmainnah iaitu yang tenang dengan kebenaran. Bilamana nafsuammarah ialah nafsu yang mendorong kepada kejahatan, nafsu mutmainnah pula mendorong kepada kebaikan dan merasai kelazatan dalam melaksanakan perintah Allah sepertimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka, masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr:27-30)
Demikianlah perihal nafsu yang sering kita temui dalam Al-Quran. Hakikatnya, walaupun kita tahu sesuatu perkara itu adalah baik, namun masih susah bagi kita untuk melakukannya. Begitu juga sebaliknya iaitu tatkala kita tahu sesuatu itu buruk, namun kita tetap terjerumus ke dalamnya. Lihatlah betapa besarnya pengaruh nafsu di dalam diri manusia.
Kuasa diri
Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri sendiri yang disebabkan oleh belenggu yang dirantai dua musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan. Justeru, peperangan bagi memerangi dua musuh inilah yang dinamakan mujahadah.
Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan secara zahirnya kerana medan pertempurannya adalah di dalam diri kita. Ia juga membawa erti berperang dengan diri sendiri yang mana hanya dengan ilmu yang benar sahaja kita dapat menilai setiap kehendak nafsu tersebut. Sesungguhnya, ramai manusia yang tahu tetapi tidak mahu atau tidak mampu untuk menghadapinya tanpa bekalan sebenar yang diperlukan.
Sebagaimana menurut Ibn Qayyim bahawa mujahadah nafsu itu ada lima jenis iaitu yang pertama ialah mujahadah dalam melawan apa yang diperintahkan oleh nafsu. Kedua, mujahadah diri dalam menuntut ilmu. Ketiga, mujahadah diri dalam mengamalkan apa yang dipelajari. Keempat, mujahadah dalam menyeru manusia kepada apa yang kita pelajari. Dan yang terakhir iaitu yang kelima ialah bersabar atas kesulitan-kesulitan dakwah.
Telah berkata salah seorang tokoh tabiin, “Musuh bagi diri ada tiga iaitu dunia, syaitan dan nafsu. Maka, perangilah dunia dengan cara zuhud kepadanya, dan perangilah syaitan dengan menangkisnya, serta perangilah nafsu dengan mujahadah.”
Ketahuilah, bahawa syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga dengan nafsu para musuh yang benci melihat kebangkitan Islam. Mereka tidak berasa lesu. Oleh kerana mereka adalah musuh yang tidak pernah berehat,  maka sewajarnya juga bagi kita untuk tidak berehat dalam mempertahankan diri.
Konsisten
Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut mood. Ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor. Bila kekotoran itu hanya dicuci sekali sekala, nescaya hasil yang diinginkan tidak tercapai atau sekadar cukup makan sahaja. Dan tidak mustahil, kotoran itu telah sebati dan tebal pada pakaian tersebut sehingga tidak dapat dilunturkan lagi. Begitulah juga dengan hati. Jika kita malas mencucinya dengan mujahadah, maka bertambah kotorlah ia hingga susah untuk dibersihkan lagi.
Oleh sebab itu, satu prinsip asas dalam mujahadah adalah istiqamah iaitu konsisten dalam memerangi hawa nafsu dan syaitan. Tuntasnya, mujahadah dan istiqamah itu merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.
Firman Allah:
“Oleh yang demikian, maka serulah mereka dan tetaplah sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan janganlah menurut hawa nafsu mereka.”(Surah As-Syura:15) KBAI...
Oleh MR Rahman ARP 
Tahun ke 3 Fakulti Kejuruteraan SEGi U SK.

Friday 3 August 2012

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis






Baru beberapa bulan disini. Penuh rencah suka dan duka. Manisnya kenangan disulami pahitnya memori silam. Jatuh bangun dalam tatihan menuju titik pengakhiran sebagai suatu permulaan kehidupan abadi.

Tatkala senja melabuhkan tirai harinya, dia masih di situ. Bertanya dan bermonolog dalam hati diselangi asakan soalan yang menerjah akal dan minda. Sungguh! Terlalu banyak yang terjadi. Hentakan demi hentakan peristiwa menerjah kehidupan, menghadiahkan pengalaman baru untuk menempuh hari mendatang yang tidak diketahui prosesnya.

Terkadang dia bertanya, masihkah ada ruang untuknya menggagahkan diri mengharungi mehnah kehidupan dalam usia yang kian meningkat? Tarbiyah yang dikurniakan Allah, pencipta manusia sekalian alam sesungguhnya mendidik agar hati itu terus tunduk dan akur pada segala ketentuan-Nya. Usaha dalam tadbir tidak mampu melawan takdir yang telah tercatat untuknya. 

Namun, hati itu percaya bahawa apa jua yang terjadi adalah kebaikan buatnya. Tidak sekali-kali Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menyukarkan dan menyulitkan hamba-hamba-Nya melainkan hanya untuk menguji dan mengurniakan ganjaran pahala yang lebih tinggi. Yakin dan optimislah bahawa Dia sentiasa memberi yang terbaik buat hamba-Nya. Binalah rasa tawaduk dan kekalkan rasa syukur dalam hati agar diri tidak tersasar dari laluan yang sebenar.

“Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: ‘Kalau begini, nescaya tidak akan begitu.’ Akan tetapi katakanlah: ‘Ini takdir Allah.’ Sesungguhnya ‘kalau’ akan membuka pintu syaitan” (Riwayat Muslim)

Peringatan buat diri yang terkadang lalai dan alpa. Allahu Rabbi, tetapkanlah hati kami hanya pada-Mu.Jazkhallah khair kerana sudi singgah.Kuih ketayap tiada kerana puasa.Salam Ramadan dan Selamat Bermujahadah! ke Jalan Allahu Aza Wajjalla..




-BY Rahman Arp Hensem sikit.
03 Jumaat 14 Ramadan Kareem.2012