Thursday 5 April 2012

Proton PREVE~ ia bukan cincai boncai..:)



Nak sembang pasal keburukkan xboleh lagi la,sebab kereta ni belum launching lagi kan.
SO..sedikit perkongsian about kereta keluaran terbaharu Proton ini.
bagi aku la kan,kereta ini ada kelas yg tersendiri ! 

Dari segi rekabentuk sampailah kedalamnya,Proton Preve ni mampu bertanding dgn Vios,City,Forte.

Nak sembang lagi la kan..Proton Preve ni kereta pertama dalam sejarah automobil Asia yang mempunyai 4 airBag!! selalu kereta 2 je kan? haa..ni ada blakang skali.

Lagi satu yg agak RARE.Preve ini ada 4G sistem GPS dan kerta pertama mempunyai Jalur Lebar Wifi di dalamnya..!HAHAHHAA... mugkin bagi anda,ia agak gila...
tapi ini la yg mampu diberikan Proton kpd hamba2nya..hahaha

soo....Lihat la serba sedikit kelebihan Proton Preve yg akan di lancarkan tak lama lagi.
saya bukan pemerhati politik,tapi saya masih belajar dalam bidang automotive.
Jadi,tak salah kita menilai, serba sedikit kejayaan Proton dalam 25tahun bertapak di bumi bertuah ini!!  Support brangan Malaysia~  Rahman ARP




Dimensi (Saiz Proton Preve):

Proton Preve mempunyai panjang 4.543 m, lebar = 1.786 m dan tinggi = 1.524 m. Ini menunjukkan saiz luar keseluruhan kereta Proton Preve (Proton P3-21A) adalah lebih besar dari Honda City, Honda Civic, Vios, Kia Forte & Altis. Pendek kata, memang besar lah kereta Proton Preve ni walaupun ia cuma 1.6.
Chassis Proton Preve
1.     Boot Space: 508 liter (Terbesar jika dibandingkan dengan City, Vios, Forte, Altis & Civic)
2.     Turning Radius: 5.3 meter
3.     Kapasiti tangki penuh : 50 liter
4.     Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30  (Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theori, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol. Ini membuktikan bahawa Proton Preve menjimatkan minyak).
POWER-TRAIN
1.     1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
2.     0-100km/h: 9.6 saat (Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat)
VARIANT
1.     Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
2.     Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
3.     Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

1.     4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
2.     TC (Traction Control)
3.     ESC (Electronic Stability Control)
4.     BA (Braking Assist)
5.     4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
6.     5 STARS Australia NCAP (markah penuh)
Ujian perlanggaran Proton Preve (Australia NCAP)
Proton Preve telah mendapat markah penuh (5 STAR). Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran Proton Preve ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.

Video perlanggaran Proton Preve menunjukkan dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

Pelancaran Proton Preve model baru proton 2012 ini akan diadakan pada 16 April 2012 dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato’ Seri Najib

















No comments:

Post a Comment