Tuesday 27 March 2012

Nota Hati Seorang Lelaki~~




BELAJARLAH DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN…

ALIRAN ilmu umpama aliran air.Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi yg rendah.Lebih rendah ssuatu tmpat itu,maka semakin bnyaklah air yg bertakung.Justeru lembah dan lurah sering bertukar mnjadi tasik dan sungai.Maka begitulah ilmu yg perlu ditakung dgn hati yg merenda diri.Semakin tawaduk sseorang itu,smakin bnyk ilmu yg bkal dimiliki dan diwarisi.

Bergurula dgn pengalaman hidup sendiri.Ssetengah ilmu perlu dirasai,baru boleh difahami,dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan.Pesan ringkas saya jgn kesal jika kita tersalah pada masa lampau.Melakukan ksalahan dan kesilapan menunjukan bukti bahawa kita masih manusia.Ole itu,sebaik mndapat pengajaran drpnya,lupakan dan tumpukan pada masa hadapan.He who does not look ahead remains behind-!
Jangan pula kita berbangga jika kita ini dalam kebenaran,Justeru tiada jaminan selamnya kita akan benar sepanjang hayat.Sering diingatkan bhawa kjayaan hari ini boleh mnjadi musuh utk hari esok.!
Jagalah kebenaran yg kita miliki dgn selalu memohon hidayah dan taufik.Ingat selalu apa yg dipesan oleh ulama yg mmpunyai mata hati.Kata mereka “ Dosa yg menyebabkan engkau menangis lebih baik dari kebaikan yg engkau rasa takbur”.

Jadilah wira tidak didengangkan.Wira yg berbakti tnpa ingin disanjungi dan dipuji.Belajarlah menikmati keikhlasan dgn rasa ingin mmbuat kebaikan tnpa dilihat dari orang lain.

Jangan dipinggirkan peranan lelaki disamping keluarga dan rumah tangganya.Lelaki sejati dikenali peranannya sbg anak,suami dan ayah.Marilah kita sama sama menyedari bahawa langkah pertama dan utama utk menyelamatkan diri dan keluarganya kelak : Firman Allah SWT yg bermaksud :
“Selamatkanlah diri dan keluargamu drpd api neraka” ( Surah al Tahrim : 6)

Sebagai anak,ingatlah bhawa reda Allah terletak pd kedua ibu bapanya.Sebagai suami sedarlah sbaik-baik lelaki yg terbaik adalah pergaulan dgn isterinya,manakala sbg ayah,hubaya-hubaya atas sabda RasullahSAW yg bermaksud :
“seseorang anak dilahirkan putih bersih,terpulang kpd ibu ayahnya yg menjadikan dia Yahudi,Nasrani atau Majusi.” (Riwayat sahih al Bukhari)

Kepada saya,bukan mencela jauh skali utk mnghina,Namun bila ada sejarah hidup ini yg “gelap”
Barulah terserlah gemerlapan cahaya.Al Quran sendiri memaparkan kisah-kisah hidup manusia durjana sebagai “gandingan” dan “bandingan” manusia2 yg mulio..:)Begitu Al Quran mendidik,begitu juga kita cuba mencontoihnya.Segala-galanya drpd persektif seorang dai’e  --Yakni melihat sesuatu dlm kerangka seruan agar manusia lebi dekat dan agama-Nya.

Bertanyalah..di mana Allah dalam kehidupan sesorang lelaki yg bernama anak,suami dan ayah?..
Marilah kita bersama belajar di “university kehidupan” ini.NOTA HATI SEORANG LELAKI ini adlah suara “hati kecil “ yg kita yg lebih murni,tulus dan insaf,tetapi sering ditenggelamkan oleh “ hati besar “ kita yang ego,bangga dan alpa..!

Rendahkan hati dan diri anda.pedulikan saya yg mnulis ini baik tau jahat,hensem atau hodoh! Haha..
jahil atau ilmuawan krana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar drpd org yg baik,ttapi juga drpd org yg jahat dan dungu!
Artikal sebagai perkongsian rakan-rakan yg bergelar Lelaki..anak,suami atau ayah..!
Tiada kene mengena antara hidup dan passed away…Wallahualam~~

-Abd Rahmanputra bin Hj Abd Jalil~
27 Mac 2012 ( kelas takde)  J  

No comments:

Post a Comment